PARIS Saint-Germain (PSG) mengesahkan menandatangani bekas pemain tengah Manchester United Ander Herrera. Sebelum ini pengurus United Ole Gunnar Solskjaer meletakkan Herrera dalam perancangnnya musim depan, namun gagal untuk memujuk pemain tengah Sepanyol itu untuk menandatangani kontrak sambungan baharu. Kelab Perancis itu memperkenalkan Herrera sebagai pemain baharunya di sosial media dan dipercayai dia menerima gaji lumayan 300,000 paun seminggu. Herrera merupakan antara sebels pemain utama di Old Trafford musim lalu dijangka akan mengisi tempat yang ditinggalkan Adrien Rabiot. Herrera diperkenalkan sebagai pemain baharu PSG menerusi Twitter rasmi kelab. "Paris Saint-Germain adalah kelab terhebat di Perancis. "Ia terus menerus meningkat dan bersaing untuk menang dalam apa jua gelaran. Saya bersedia berada di Paris memakai warna-warna itu (jersi). "Saya harap akan meneruskan sejarah dengan kelab ini. Perasaan sangat menakjubkan dan saya suka bandar ini. "Paris sebuah bandaraya yang cantik di dunia. Saya berjanji dengan tiga perkara iaitu kerja, profesionalisme dan semangat. "Saya juga berjanji akan memperbaiki bahasa Perancis kerana ianya sangat penting untuk komunikasi pasukan," ujar Herrera. PSG mengumumkan kehadiran Herrera menerusi laman Twitter kelab. -Dailymail.co.uk