LIONEL Messi ditenangkan oleh Neymar selepas Brazil membenam Argentina 2-0 menerusi separuh akhir kejohanan Copa America pada Selasa. Mereka bertemu sambil berpelukan dalam pertemuan penuh emosi itu. Dalam pada itu, timbul spekulasi mengenai masa depan Neymar yang mana dia didakwa akan kembali ke Barcelona dan menjadi rakan sepasukan Messi. Pada minggu lalu, timbalan presiden Barcelona, Jordi Cardoner mengesahkan hasrat Neymar yang mahu pulang ke pasukan itu. - Mirror/Marca.