suria

Ejen dedah Klopp berminat urus skuad Jerman

Klopp antara pengurus menjadi tumpuan kelab-kelab terkemuka dunia.

EJEN Jurgen Kloop mendedahkan pengurus Liverpool itu berminat untuk mengendali skuad kebangsaan Jerman satu hari nanti.

Namun Marc Kosicke mengakui kliennya itu kini lebih gembira bersama Liverpool.

Klopp antara salah seorang pengurus yang menjadi perhatian bola sepak dunia berikutan prestasi cemerlang sepanjang berada di Anfield, lebih-lebih lagi membawa The Reds muncul juara Liga Juara-Juara bulan lalu.

Malah Liverpool turut menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kedua musim lalu dengan mengumpul 97 mata.

Bukan itu sahaja, Klopp turut dikaitankan dengan Juventus dan Real Madrid menjelang musim baharu ini.

Klopp menganggap berita yang mengaitkan dirinya itu sebagai mengarut.

Joachim Low

"Jurgen pernah memberitahu bahawa satu hari nanti jika Joachim Low tidak lagi menguruskan skuad Jerman, kemungkinan dia mahu mencuba. Ini adalah pilihan untuknya," kata Kosicke kepada German outlet Welt.

Bagaimana pun Kosicke mengakui, Klopp belum berminat untuk tinggalkan Liverpool sebelum kontraknya tamat sehingga 2022.

"Liverpool mungkin lebih berminat untuk menyambungnya.

"Jurgen buat setakat ini tidak mampu (jika tinggalkan kelab dalam kontrak).

Klopp dipercayai menjana pendapatan lebih kurang 7 juta paun setahun dan Fenway Sports Group telah menawarnya untuk naikkan gaji kepada 10 juga paun berikut kejayaan Liga Juara-Juara musim ini.

Pemilik kelab juga dilaporakan bersedia untuk menyambung enam tahun lagi kontrak bernilai 60 juta pun sekaligus bakal menutup niat kelab-kelab lain mendapatkannya. -Dailymail.co.uk

Liverpool, The Reds, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain