JUTAWAN Amerika Syarikat Todd Boehly dilaporkan berminat untuk memberi kelab Chelsea dan Tottenham. Ahli perniagaan berusia 46 tahun itu kini merupakan pemegang saham 20 peratus bersama pasukan besbol di Los Angeles Dodgers. Boehly dikatakan sudah lama memerhati kelab-kelab teratas Liga perdana sejak beberapa tahun lalu, dan percaya sekarang adalah masa yang sesuai baginya. Menurut laporan London Evening Standard mendakwa Boehly bertegas mahu melabur dalam Liga Perdana dan pasukan top dalam radarnya. Ia dikaitkan dengan Chelsea atau Tottenham. Pemilik The Blues, Roman Abramovich dilaporkan juga bersedia untuk menjual kelabnya itu selepas sedekad menguasainya. Dijangka Chelsea bernilai 2.5 bilion euro (RM11.5b) dan dan Abramovich sukar untuk ke Stamford Bridge berikutan masalah visa. Manakala Spurs pula dikatakan tidak terfikir untuk berada dalam pasaran namun pemilik Joe Lewis dikhabarkan bersedia untuk melepaskan sekirannya mendapat tawaran 3 bilion euro (RM14b).- Onefootball