suria

Kes rogol babit Ronaldo gugur, keluarga bekas model kata ‘Ini belum berakhir’

Gambar fail Cristiano Ronaldo. Foto AFP

KELUARGA kepada wanita yang membuat dakwaan rogol terhadap Cristiano Ronaldo, tampil bersuara selepas pihak pendakwa menolak untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap pemain itu.

Mereka berkata, 'Ini belum berakhir'.

Kathryn Mayorga, 35, mendakwa bekas pemain Manchester United itu melakukan serangan seksual ke atasnya di sebuah hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada 2009.

Ronaldo, 34, menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya.

Pada Isnin, Pejabat Peguam Daerah Clark County di Nevada, AS memberitahu, ia membuat keputusan untuk tidak membuat pendakwaan kerana dakwaan serangan seksual terhadap Ronaldo tidak dapat dibuktikan disebabkan terdapat keraguan yang munasabah.

Ia susulan Mayorga meminta polis membuka semula kes berkenaan, tahun lalu.

Ibu kepada bekas model itu bagaimanapun berkata, kes tersebut belum berakhir.

"Kami tidak mahu memberi komen sekarang kerana saya tidak pasti ia sudah berakhir," katanya. - Mirror UK

Artikel Lain