suria

Cahill pilih Crystal Palace

Cahill mengikat kontrak bersama Palace selama dua tahun.

CRYSTAL Palace menyambar bekas pemain England dan Chelsea Gary Cahill bagi menguatkan barisan musim baharu ini.

Pemain pertahanan itu bergelar pemain bebas sejak kontraknya bersama The Blues tamat musim lalu dan turut dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Arsenal.

Namun pemain berusia 33 tahun itu lebih berminat menyambung khidmatnya di Selhurst park dan menjadi pemain baharu ketika kelab selepas ketibaan Stephen Henderson dan Jordan Ayew.

"Saya teruja untuk meneruskan karier saya selama yang boleh.

"Saya yakin berada dalam keadaan yang baik mana-mana yang sertai, saya mahu memberikan 110 peratus.

"Saya berharap ia cukup untuk pengurus, rakan-rakan sepasukan dan juga semua penyokong," jelasnya di laman sesawang rasmi kelab.

Cahill berpindah ke Stamford Bridge dari Bolton Wanderers pada 2012 dan merekodkan 290 penampilan untum kelab, menjulang dua trofi liga, dua Piala FA, Piala Liga dan Liga Juara-Juara.

Dia juga mencatat 61 kap bersama England.

Dia dijangka akan membuat penampilan sulung bersama Palace dalam aksi pembukaan Liga Perdana musim baharu Sabtu ini bertemu Everton. -Onefootball

Gary Cahill, Crystal Palace, Chelsea

Artikel Lain