PENYOKONG Manchester United mengkritik MUTV selepas sekumpulan panel yang terdiri daripada tiga legenda pemainnya mendakwa kelab itu sepatutnya membawa masuk Luis Suarez. Segmen kontroversi itu bersiaran pada petang Isnin dan mencetuskan kemarahan penyokong Red Devils. Suarez memperkuat Liverpool selama empat tahun ketika didapati bersalah mengeluarkan kata berbaur perkauman kepada Patrice Evra sewaktu perlawanan di Anfield pada Oktober 2011. Bintang Uruguay itu enggan berjabat tangan dengan Evra semasa pertembungan timbal balik di Old Trafford pada Februari. Suarez pernah mengeluarkan kata berbaur perkauman kepada Evra. Namun anehnya, potensi Suarez berhijrah ke Old Trafford hangat dibincangkan dalam saluran televisyen kelab itu. David May yang terlibat dalam skuad Sir Alex Ferguson sewaktu memenangi treble pada 1999 mengakui dia gembira jika Suarez menyertai United. Crerand pula yang melakukan 300 penampilan bersama United turut menggesa kelab itu supaya mendapatkan khimat Suarez. Bagaimanapun sejarah hitam Suarez dengan Evra tidak dibangkitkan dalam perbincangan itu. Akibatnya penyokong United yang menyaksikan perbincangan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di Twitter. - Metro.co.uk