CHRISTIANO Ronaldo mengalirkan air mata selepas menonton rakaman video terakhir mengenai mendiang bapanya. Situasi penuh beremosi itu berlaku semasa wawancara bersama Piers Morgan, yang ditayangkan di televisyen United Kingdom (UK), pada Ahad malam. Ronaldo ditunjukkan filem Jose Dinis Aveiro, seorang individu yang ketagih alkohol yang meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati pada usia 52 tahun. Menerusi klip pendek itu, Aveiro dilihat bercakap tentang Ronaldo ketika berdiri di depan pintu rumahnya. Ronaldo yang menangis berkata: "Saya tidak pernah melihat video itu. Saya tidak pernah melihat video itu. Sungguh tak sangka." Ditanya perasaannya mendengar bapanya bercakap mengenai kebangaan terhadap pencapaian anaknya, bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu berkata: "Ya, sangat terasa" "Saya fikir wawancara akan menjadi kelakar, tapi saya tak sangka untuk menangis. Saya tidak melihat klip ini. Saya tak tahu di mana kamu... saya perlu klip ni untuk tunjuk keluarga saya. "Tapi saya benar-benar tidak mengenali ayah saya 100 peratus. Dia seorang yang ketagih alkohol. Saya tidak pernah bercakap denganya dalam perbualan yang saya. Sukar ketika itu," katanya. Ronaldo baru berusia 20 tahun sewaktu bapanya meninggal dunia. - Mirror UK