suria

Ronaldo ikuti diet, tapi mesti ada piza

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

WALAUPUN menjadi atlet terkemuka dunia, Cristiano juga seperti orang lain mempunyai keinginan peribadi.

Bintang Juventus itu dikenali mempunyai tubuh badan yang menarik, dan terikat dengan diet.

Bagaimanapun, dia mendedahkan suka memakan piza bersama anak lelakinya sebagai cheat meal.

Bercakap kepada saluran YouTube ChrisMD, Ronaldo berkata: "Kuncinya adalah menjaga badan anda, berlatih, lakukan pemulihan dan makan dengan baik.

"Walaupun kadang-kadang saya makan piza bersama anak, jika tidak ia membosannkan."

Ronaldo percaya untuk memanjakan diri sekali-sekala.

Namun, dia masih mengikuti diet bagi mengekalkan bentuk badan yang cergas. - Mirror UK

Cristiano Ronaldo, piza

Artikel Lain