PENGURUS Spurs, Mauricio Pochettino berharap dia dapat terus bersama kelab ini untuk tempoh lima tahun akan datang. Pengendali kelahiran Argentina itu dikaitkan akan meninggalkan kelab jika dia berjaya menjulang trofi trofi Liga Juara-Juara menentang Liverpool, namun skuadnya tewas. Musim ini menyaksikan Spurs agak hambar sekaligus persoalan masa depannya kembali timbul. Bagaimana pun Pochettino mengakui dia belum bersedia untuk tinggalkan kelab yang dibimbingnya sejak 2014 ini. "Ini adalah saat untuk kami bersama. Saya terima semua pandangan. Apabila anda tidak menang, bukan sahaja berlaku di Tottenham, malah semua kelab di dunia. "Ia satu perlawanan yang normal dengan mencipta banyak pandangan dan khabar angin, semua orang perlu bercakap. "Tetapi akhirnya, sesuatu perkara berlaku apabila kita tewas dalam perlawanan. Saya tidak ada ragu-ragu kami akan terus bersama dan kembalikan kejayaan. "Dalam tempoh lima tahun setengah, kami berbincang mengenai masa depan di setiap sidang media. Saya harap kita masih bercakap mengenainya. "Ia bermaksa akan menghabiskan sekurang-kurangnya lima tahun lagi di sini," jelas Pochettino. -eurosport