BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger menerima tawaran sebagai pengawai teknikal di Fifa. Namun Wenger mengakui ia bukanlah alasan untuk tidak kembali bertugas sebagai pengurus. Jurulatih kelahiran Perancis ini masih bercuti sejak Mei 2018 selepas 22 tahun bersama Arsenal. Wenger memberitahu beIN Sports: “Saya hanya mahu berkongsi apa yang saya telah belajar dan pulangkan kembali kepada perlawanan dalam bentuk berbeza. “Saya pasti tidak akan berhenti melatih, kerana kerana ‘devil’ masih ada di sana. Tetapi saya perlu lihat, sama ada suka atau tidak dan bolehkah saya menjadi efisyen,” ujarnya. Pengurus berusia 69 tahun ini menjelaskan peranan baharunya ini termasuk dengan memberi maklumat kepada pemain dan mempunyai pilihan selepas bersara. – Daiymail.co.uk