JURULATIH Manchester City Pep Guardiola mengakui Xavi akan mengikut langkahnya bergelar pengurus di Barcelona. Guardiola memberitahu, pemain tengah legenda itu bersamanya ketika dia menguruskan skuad di Nou Camp dan memuji kebijaksanaan dalam bola sepak. Xavi menghabiskan tempoh tujuh tahun bersama skuad utama dan membina dirinya sebagai salah seorang pemain hebat serta membawa kelab ke era kegemilangan. "Lambat atau cepat ia akan berlaku. Dia masih muda, tetapi akan tetap bakal terjadi. "Dia sangat memahami bola sepak dan penuh semangat serta dedikasi. Dia juga sangat berani dan sangat jelas apabila berkata sesuatu," ujar Guardiola. Selepas empat tahuan bermain dengan kelab Al Sadd di Qatar, Xavi telah lulus sebagai ketua kejurulatih di Qatar Stars League. - Dailymail.co.uk