suria

Gagal tamatkan 22 pusingan, pemandu MotoGP muntah dalam topi keledar

Marco Bezzecchi muntah dalam topi keledar sewaktu sedang berlumba.

PELUMBA MotoGP, Marco Bezzecchi berada dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan beberapa minggu ini.

Ketika di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand, dia termuntah sewaktu menjalani latihan.

Kemudiannya, dia muntah sekali lagi dalam topi keledar sewaktu melepasi separuh laluan perlumbaan Gand Prix Jepun, baru-baru ini.

"Sehingga separuh perlumbaan, saya rasa tak sihat.

"Selepas termuntah, saya tak rasa boleh habiskan 22 pusingan.

"Mohon maaf pada semua. Saya tak faham kenapa ini terjadi.

"Saya akan cari penyelesaian untuk persembahan di Australia dan berlumba hingga ke garisan penamat," ujarnya. - Daily Star.

Marco Bezzecchi, MotoGP, muntah

Artikel Lain