PENGURUS Arsenal, Unai Emery sedang berusaha untuk menyelamatkan kerjayanya, meskipun terdapat kebimbangan dalam kalangan skuad itu mengenai caranya. Sportsmail difahamkan beberapa pemain mempunyai tanggapan yang serius terhadap Emery, dengan kebanyakannya percaya pendekatan Emery terlalu konservatif dalam permainan. Walaupun jawatannya itu bukan satu ancaman, dia melalui dalam tempoh yang kritikal untuk meyakinkan pemain dan pengurusan kelab bahawa dia mampu memajukan kelab tersebut. Arsenal hanya memenangi dua dalam sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terakhirnya, dan lebih banyak keputusan negatif menentang Leicester, Southampton, Norwich dan Brighton. Perlawanan the Gunners dijangka menyaksikan mata signifikan yang meletakkan Emery dalam ancaman yang lebih serius. Kelab bola sepak di utara London itu mengekalkan tradisi mereka dengan pengurus, tetapi terdapat kebimbangan dalaman mengenai lebih banyak keputusan tidak memberangsangkan yang akan memaksa mereka untuk membuat keputusan. Kedudukan Emery dalam bahaya sekiranya dia tidak layak untuk musim Liga Juara-Juara yang akan datang, tetapi banyak cabaran lain yang ditempuhinya sebelum itu. Terdapat kemungkinan mengenai penggantian pada tengah musim juga merupakan faktor yang menentukan masa depan Emery. Arsenal bagaimanapun menafikan khabar angin mengenai ketua mereka, Raul Sanllehi telah bertemu dengan Jose Mourinho pada Ahad. Max Allergri dan Mikel Arteta yang bersaing untuk menggantikan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum pelantikan Emery, turut dijadikan. - Mail Online