suria

Pengurus Bayern Munich dipecat, Wenger dalam empat senarai pendek pengganti

Gamba fail Arsene Wenger. Foto Reuters

KELAB Bayern Munich membuat senarai pendek empat individu berikutan mereka mahu melantik pengurus yang berpengalaman untuk menggantikan Niko Kovac.

Kovac yang berusia 48 tahun itu dipecat pada Ahad selepas tewas 5-1 oleh Eintracht Frankfurt.

Menurut laporan Guardian, Ralf Rangnick, 61, dan Arsene Wenger, 60, merupakan dua nama daripada empat individu dalam senarai pendek berkenaan.

Kocac memegang jawatan itu pada musim panas 2018 dan membawa kemenangan berganda pada musim pertamanya di Allianz Arena.

Bagaimanapun, dia sering menimbulkan keraguan di belakang tabir, dan meskipun kedudukan tinggi 7-2 ke atas Tottenham dalam perlawanan Liga Juara-Juara, tetapi pihak pengurusan membuat keputusan untuk memecatnya.

Rangnick dipercayai berminat dengan tugas itu dan dia tetap menjadi sasaran utama memandangkan pengalamannya yang luas di Bundesliga.

Pemain berusia 61 tahun itu sebelum ini menguruskan Stuttgart, Hannover, Schalke dan RB Leipzig di Jerman.

Pengurus Ajax, Erik ten Hag dan bekas pengurus, Juventus Massimiliano Allegri merupakan dua nama lain yang dikatakan dalam radar Bayern.

Wenger turut difikirkan oleh bos-bos di Munich dan akan menjadi pelantikan popular memandangkan dia fasih berbahasa Jerman. - Mail Online


Arsene Wenger, Bayern Munich

Artikel Lain