suria

Arsenal bimbang pemain bintang tinggalkan kelab jika Emery terus kekal

Unai Emery. Foto Reuters

ARSENAL bimbang bintang handalan mereka terpaksa memikirkan masa depan mereka sekiranya pengurus pasukan, Unai Emery masih memegang jawatan itu pada musim akan datang.

Sportsmail difahamkan ketua bola sepak, Raul Sanllehi dan pengarah teknikal, Edu mengadakan rundingan krisis bersama Emery di Stadium Emirates susulan keputusan yang mengecewakan apabila terikat seri 2-2 ketika menentang Southampton.

Rundingan itu dilakukan selepas timbul banyak keraguan dalaman mengenai kedudukan pengurus berkenaan.

Pihak kelab mula mengenal pasti penggantin berikutan bimbang mengenai masa depan jangka panjang pemain-pemain utama mereka.

Kebimbangan mereka semakin kuat sekiranya pemain handalan mengambil keputusan untuk berhijrah dari kelab itu disebabkan Emery.

Ini kerana para pemain mempunyai kebimbangan yang serius mengenai pendekatan yang dilakukan oleh Emery.

Ramai percaya pengurus tersebut terlalu konservatif dalam pendekatannya terhadap permainan sehingga bimbang caranya itu akan menjejaskan peluang kelayakan mereka untuk Liga Juara-Juara musim akan datang. - Mail Online


Arsenal, Unai Emery, Emirates

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan