suria

Neymar sedar buat kesilapan tinggalkan Barcelona selepas seminggu

Neymar dilaporkan mengetahui dia telah membuat kesilapan meninggalkan Barcelona untuk ke Paris Saint-Germain (PSG) hanya selepas seminggu. Foto: Express.co.uk

BINTANG Brazil, Neymar mengetahui dia telah membuat kesilapan meninggalkan Barcelona untuk ke Paris Saint-Germain (PSG) hanya selepas seminggu, menurut laporan.

Neymar membuat keputusan meninggalkan Barcelona untuk melarikan diri dari bayangan Lionel Messi - sekaligus meningkatkan peluangnya meraih gelaran Ballon d'Or.

Sejak itu, dia telah menyesali keputusannya untuk keluar dari Nou Camp dan menghabiskan musim panas untuk kembali ke kelab lama.

Neymar dikatakan kesepian di Perancis, walaupun membeli rumah besar di kejiranan Bougival.

Rumah itu mempunyai segala yang diperlukannya tetapi Neymar merasa dia sunyi kerana dia tidak mempunyai teman seperti di Barcelona.

Untuk rekod, bintang berusia 27 tahun itu meninggalkan Barcelona untuk ke PSG pada 2017 dengan rekod dunia £198 juta pound (RM1.036 bilion).

Dia memiliki kontrak di PSG hingga 2022 tapi khabar angin bertebaran kebelakangan ini menyatakan dia semakin hampir meninggalkan kelab tersebut.

Neymar pada awal musim ini mengakui bahawa dia mahu kembali ke Barcelona, tetapi kini mahu memberi tumpuan untuk menggerakkan PSG.

“Semua orang tahu saya mahu pergi,” katanya.

“Saya katakannya dengan sangat jelas, tapi saya tidak akan menyatakan butirannya kerana ia memberi kesan kepada orang lain.

“Tetapi saya masih pemain PSG dan niat saya adalah gembira di padang. Fikiran saya mengenai PSG,”kata Neymar. - Express.co.uk

Neymar, PSG, Barcelona

Artikel Lain