suria

Sukan SEA: Lego Sam sumbang emas kedua

Atlet berusia 24 tahun dengan nama julukan Lego Sam mengetepikan empat pencabar lain dalam liga sepusingan apabila mengumpul 12 mata dalam acara break dance. Foto: Bernama

ATLET acara sukan tarian Sam Lee Jek menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-30 selepas memenangi acara break dance di Ballroom Royce Hotel & Casino, dekat New Clark City, pada Ahad.

Atlet berusia 24 tahun dengan nama julukan Lego Sam mengetepikan empat pencabar lain dalam liga sepusingan apabila mengumpul 12 mata disusuli atlet Vietnam, Le Huu Phuoc (9 mata) manakala pingat gangsa disandang oleh wakil Singpura Jeremy Sim Eng Kiat dengan empat mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste

Berdasarkan format pertandingan, peserta yang mengumpul mata tertinggi selepas empat pusingan tarian, diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan berkenaan.

Terdahulu, kontinjen Malaysia meraih pingat emas sulung menerusi atlet wushu, Loh Choon How yang memenangi acara Taijiquan lelaki selepas mengumpul markah tertinggi, 9.68 mata pada aksi di World Trade Center, Manila. - BERNAMA

Sukan Sea, Manila, Lego Sam, tarian, emas

Artikel Lain