SENARAI kedudukan calon bagi anugerah berprestij sukan bola sepak, Ballon D'Or bocor di media sosial menjelang upacara yang akan berlangsung pada Isnin - dengan Lionel Messi dinamakan sebagai pemenang. Penyerang Barcelona itu merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah berprestij tersebut, tetapi menghadapi persaingan dari bintang Liverpool, Virgil van Dijk. Dalam imej yang tersebar di Twitter, Messi mendahului pengundian dengan 446 mata berbanding van Dijk yang memperoleh 382 mata. Dikhabarkan pengundian untuk anugerah itu telah dibuang, tetapi tidak jelas sama ada senarai itu rasmi atau tidak. Rakan sepasukan Van Dijk, Mohamed Salah disenaraikan di tempat ketiga, mendahului juara lima kali Cristiano Ronaldo yang berada di tangga keempat. Ballon D'Or merupakan anugerah bagi meraikan pemain bola sepak terbaik sepanjang tahun, di mana pemenang diundi oleh wartawan bola sepak dari seluruh dunia daripada 30 pemain yang disenarai pendek. Messi dan Ronaldo telah memenangi anugerah ini lebih banyak daripada pemain lain, tetapi dominasi 10 tahun mereka dipecahkan tahun lalu oleh bintang Real Madrid, Luka Modric. - Mirror