BRENDAN Rodgers menjadi tarikan untuk menjadi pengurus baharu di Arsenal. Malah, The Gunners sendiri dilaporkan juga berminat mendapatkan sentuhan Rodgers bagi menggantikan Unai Emery yang dipecat Jumaat lalu. Bagi mendapatkan Rodgers, Arsenal perlu membayar klausa pelepasan kepada Leicester City sebanyak 14 juta paun (RM755 juta). Untuk lebih penjelasan, Rodgers diajukan soalan berkaitan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Everton minggu lalu. Emery dipecat Jumaat lalu. Leicester kini kekal berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris. "Kebarangkali akan melibatkan klausa yang merupakan kontrak untuk semua pengurus. "Bagi saya setakat ini, kami mencipta banyak kemenangan. Fokus saya lebih kepada Leicester kerana saya melakukan perubahan sejak lapan atau sembilan bulan lalu. "Saya sangat gembira sejak tiba di sini. Saya dapat rasa perasaan itu ketika bersama pemain-pemain dan kami banyak perkara yang perlu dibuat. "Kebanyakan pengurus yang masih mempunyai kontrak akan berbuat demikian, tetapi bagi saya hanyalah fokus kepada Leicester," jelas bekas pengurus Celtic dan Liverpool ini. -onefootball