BEKAS pengurus Bayern Munich Niko Kovac dilaporkan berminat untuk mengambil alih tugas di Arsenal. Menurut laporan Goal, Kovac akan hadir menyaksikan perlawnaan Arsenal bertemu West Ham minggu ini. Kovac,48, dikatakan Arsenal merupakan satu-satunya perlawanan Liga Inggeris yang ditonton selepas meninggalkan Bayern Munich. Wakil pengurus berusia 48 tahun itu dilaporkan sudah menghubungi wakil kelab untuk berbincang mengenai minat Kovac. Berdasarkan rekod, sepanjang berada di Bayern Munich, Kovac banyak mencatat kemenangan dan merangkul tiga trofi sepanjang setahun berada di sana. Hujung bulan lalu, pengurus The Gunners Unai Emery dipecat dan kini tugasnya itu dipangku oleh Freddie Ljungberg. - Onefootball