BEKAS pengurus bola sepak Belanda, Danny Blind menyifatkan penyerang Liverpool, Sadio Mane sebagai Cristiano Ronaldo versi baharu. Nama Mane menjadi sebutan ramai selepas dia menjaringkan 13 gol dalam semua perlawanan dalam Liga Premier musim ini. "Mane mencapai tahun yang hebat bersama pasukan Liverpool. Sebab itu saya pilih dia. "Ramai pemain yang hebat tahun ini, pilihan itu sukar," ujarnya. Mane yang berasal dari Senegal berada di tangga keempat dalam penganugerahan Ballon d'Or baru-baru ini yang mana trofi utama diberikan kepada Lionel Messi. Danny merupakan bapa kepada bekas pemain pertahanan Manchester United, Daley. - Give Me Sport.