UNAI Emery menjadi sebutan utama bagi menggantikan tempat Marco Silva di Everton. Menurut laporan Sky Sports, Everton mendekati bekas jurulatih Arsenal itu untuk mengisi kekosongan jawatan yang dipegang Silva sebelum ini. Malah Emery juga dilaporkan sedang memperbaiki bahasa Inggerisnya dan berminat untuk menjadi jurulatih di England, Sepanyol dan Itali. Selain Emery, turut menjadi perhatian Everton adalah pengurus Shanghai SIPG Vitor Pereira, bos Napoli Carlo Ancelotti. Sepanjang minggu ini, pengurus sementara Duncan Ferguson mengambil alih tugas di Everton yang menyaksikan mereka mencatat kemenangan pertama dalam tempoh empat aksi terakhir ke atas Chelsea 3-1 di Goodison Park. Kemenangan tersebut menyaksikan mereka terkeluar daripada zon penyingkiran. - Onefootball