PEGAWAI dan pemain Manchester United yakin Paul Pogba telah bermain dalam perlawanan terakhirnya buat kelab itu. Pogba, yang gagal melakukan perpindahan sejak musim panas lalu tidak bermain untuk Manchester United sejak 30 September kerana mengalami kecederaan kaki. Dia dijangka kembali beraksi minggu ini, tetapi penyakit misteri yang dialaminya membuatkan ia ditangguhkan. Bagaimanapun, beberapa rakan sepasukan Pogba dan pegawai di dalam kelab itu kini percaya Pogba tidak akan menyarung jersi Manchester United lagi, meskipun desakan pengurus Ole Gunnar Solskjaer agar dia akan kembali beraksi. Pogba difahamkan masih bertekad untuk keluar dari Manchester United. Rancangan ideanya adalah pada bulan depan apabila jendela perpindahan dibuka. Pada masa ini, Real Madrid mendahului saingan untuk merebut Pogba. - Mirror