suria

Takumi Minamino kini sah jadi milik Liverpool

Takumi Minamino kini sah menandatangani kontrak bersama Liverpool. Foto: Liverpool FC

LIVERPOOL mengesahkan bintang antarabangsa Jepun, Takumi Minamino mengikat kontrak bersama kelab itu dengan bayaran dilaporkan £7.25 juta (RM39.29 juta).

“Kelab Bolasepak Liverpool mengesahkan perjanjian sudah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino,” kata kelab itu dalam laman sesawang mereka.

Penyerang berusia 24 tahun itu dipercayai menandatangani kontrak empat setengah tahun.

Minamino, yang juga bintang sensasi Red Bull Salzburg sebelum ini menjaringkan sembilan gol dalam 22 penampilan bersama kelabnya.

Salah satu gol yang dijaringkan adalah di Anfield pada Oktober lalu semasa pasukannya tewas 3-4 kepada skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Sebelum ini dilaporkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tidak mahu berlengah kerana khuatir hasrat mendapatkan khidmat Minamino akan gagal kerana terdapat kemungkinan nilai pemainitu akan berlipat kali ganda. - Mirror

Takumi Minamino, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain