RAMALAN wajah David Beckham dua dekad lalu tersasar dengan wajah sebenar tahun 2020. Pada tahun 1998, majalah FourFourTwo cuba membuat ramalan wajah David Beckham pada tahun 2020. Selepas 20 tahun, ternyata wajah bekas bintang Manchester United ini masih kekal kacak dan dianggap ikon fesyen sukan. Beckham bersama isterinya Victoria tahun lalu. Ramalan ketika itu menggambarkan Beckham akan mengalami perubahan ketara dari segi wajahnya dengan botak di bahagian dahi, hilang gigi di bahagian atas dan berambut putih. Ternyata semuanya jauh meleset apabila terbaru kelihatan Beckham masih lagi segak ketika menghadiri perlawanan separuh akhir Kelab Piala Dunia di Doha minggu lalu. Sehingga kini Beckham masih lagi dalam arena bola sepak dengan memiliki kelab sendiri iaitu Inter Miami yang bakal beraksi dalam MLS. - Dailymail.co.uk