BEKAS pemain bintang Manchester United Ryan Giggs meluahkan rasa simpati kepada skuad Ole Gunnar Solskjaer. Malah Giggs juga meminta pengurus itu agar supaya menjual Paul Pogba selepas timbul isu mengenai ejen pemain itu yang mengkritik kelab. "Saya berasa simpati kepada Ole kerana dia perlu berdepan dengan persoalan mengenai Paul Pogba. "Saya yakin United boleh meneruskan momentum baik tanpa Pogba, Dia tiba dan semuanya okay dalam beberapa perlawanan namun ketika ini amat mengecewakan. "Dia sangat berbakat, kami berbincang mengenainya sepanjang masa. Dia tidak buat konsisten untuk United. Pogba terus menjadi tanda tanya di Manchester United. "Ole hanya boleh melayan pemain-pemain yang cergas sahaja setakat ini," jelas Giggs kepada Optus Sport. Tambah Giggs, Pogba sepatutnya banyak 'bercakap' di padang bukan di media sosial. "Persoalan mengenai jawapan berterusan mengenai spekulasi berpindah, kecederaan, berada di tempat lain yang sepatutnya dia perlu berlatih di Carrington. "Anda tidak boleh menurun Pogba walaupun dia cergas kerana tidak ada pemain lain dan ia berkaitan dengan kualiti. "Kita kini berada di era yang berbeza, sosial media menguasai semua ketika ini. "Namun sangat mengecewakan apabila rakan-rakannya yang lain juga mempunyai kualiti. Seperti yang saya cakap, dia tidak menunjukkan konsisten untuk United sejak menandatangani kontrak. "Adakah dia gembira? Saya tidak tahu. Adakah dia ingin pergi ke tempat lain? Saya tidak tahu." - Dailymail.co.uk