suria

Griezmann beri Barcelona lampu hijau untuk ambil semula Neymar

Griezmann mengalu-alukan persaingan yang sihat sekiranya Neymar kembali ke Barcelona. Foto: Getty

BINTANG Barcelona, Antoine Griezmann mahu kelab itu mendapatkan kembali khidmat Neymar dari PSG, walaupun ia bermakna kedua-dua mereka bersaing di tempat yang sama.

Dengan khabar bertebaran mengenai kepulangan Neymar ke Barca, Griezmann akhirnya memberi persetujuan tentang perkara tersebut.

Ramai pemerhati melihat kembalinya Neymar ke Barca akan meletakkan kedudukan Griezmann berada di dalam tekanan.

Bagaimanapun, sumber berkata Griezmann tidak mempunyai niat untuk meninggalkan kelab itu, malah mengalu-alukan persaingan yang sihat.

Laporan itu juga mengatakan Griezmann menyedari keserasian antara Neymar dengan Lionel Messi dan Luis Suarez tetapi dia percaya dirinya masih boleh menyesuaikan diri dengan pasukan itu.

Untuk rekod, Neymar meninggalkan Barcelona untuk ke PSG pada 2017 dengan rekod dunia £198 juta pound (RM1.036 bilion).

Dia memiliki kontrak di PSG hingga 2022 tapi khabar angin bertebaran kebelakangan ini menyatakan dia semakin hampir meninggalkan kelab tersebut. - Dailymail.co.uk

Neymar, Antoine Griezmann, Barcelona, PSG

Artikel Lain