suria

Ronaldo pakai jam tangan Rolex paling mahal RM2 juta

Ronaldo dikesan memakai jam tangan mewah semasa menaiki penerbangan ke Timur Tengah. Foto GETTY/Daily Star

CRISTIANO Ronaldo merupakan antara atlet terkaya di dunia, yang bermakna dia mampu untuk membeli jam tangan mewah Rolex yang paling mahal.

Menurut Forbes, bintang bola sepak kelahiran Portugal itu merupakan atlet yang kedua menerima bayaran paling tinggi dunia pada tahun lalu, dengan pendapatan dianggarkan AS$800 juta (RM3.29 bilion).

Pemain Juventus itu dilihat memakai jam tangan jenama Rolex ketika menaiki penerbangan ke Timur Tengah untuk Anugerah Bola Sepak Globe.

Jam tangan Rolex GMT Master Ice itu bernilai £371,000 (RM2 juta), yang merupakan jam tangan yang paling bernilai pernah dihasilkan oleh syarikat berprestij itu.

Jam tangan milik Ronaldo itu diperbuat daripada emas putih 18 karat dan diliputi berlian.

Pemain berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai pemain terbaik di Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai.

Ia merupakan anugerah yang diterimanya sebanyak sembilan kali.

Ronaldo menjaringkan 28 gol dalam 43 penampilannya untuk Juventus pada musim 2018/2019, dengan 15 gol bagi 22 perlawanan setakat musim ini. - Daily Star 

Cristiano Ronaldo, Juventus, Rolex, Dubai

Artikel Lain