suria

Pura-pura jadi kawan, bintang realiti TV didakwa jalin hubungan dengan Neymar

Katerina Safarova pernah menghadiri parti hari lahir Neymar.FOTO: Golders/@kat_safarova.

DESAS-desus mengenai pemain bola terkenal, Neymar yang didakwa menjalin cinta dengan seorang bintang realiti televisyen, Katerina Safarova sedang hangat diperkatakan.

Biarpun berpura-pura sebagai kenalan sahaja, ramai yang mengakui tahu mengenai hubungan sebenar mereka.

Safarova, 21, juga dikhabarkan pernah menghadiri parti hari lahir pemain berusia 27 tahun itu.

"Saya tahu Safarova sudah kenal dengan Neymar agak lama. Mereka berpura-pura sebagai kawan di hadapan semua orang.

"Dia juga ada muat naik gambar dengan Neymar dan pemain itu turut meninggalkan komen. Jelas sekali Safarova suka populariti," ujar seorang sumber.

Malah, gadis Rusia itu sering dilihat berada di kelab malam sekitar Barcelona yang mana ia menjadi lubuk parti golongan terkenal.

Safarova sebelum ini menyertai rancangan realiti Sepanyol, Isla de las Tentaciones, inspirasi rancangan cari jodoh popular Amerika, Temptation Island. - The Sun.

Neymar, cinta, Katerina Safarova

Artikel Lain