CRISTIANO Ronaldo dianggap salah seorang atlet paling hebat sepanjang zaman. Rekod dan pencapaian bersama beberapa kelab terkemuka dunia membuktikan kehebatannya sebagai pemain bola sepak prolifik. Bukan itu sahaja, bintang kebangsaan Portugal itu turut menjadi ikon kecergasan dan kesihatan walaupun di luar padang. Meskipun sudah berusia 34 tahun, Ronaldo masih lagi berbisa di atas padang. Malah The Sun berjaya merungkai rahsia Ronaldo kekal sihat dan cergas sehingga hari ini. Menurut Ronaldo, dia sentiasa mengamalkan tidur yang cukup dan diet seimbang. "Saya kebiasaannya tidur awal dan bangun awal terutamanya sebelum perlawanan. Tidur yang cukup membantu memulihkan otot saya. "Saya juga makan enam kali sehari dengan pelbagai menu hidangan seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan produk rendah karbohidrat," katanya. Jelas Ronaldo lagi, dia amat menggemari ikan todak, ikan tuna dan ikan kod direbus sementara menganggap ayam sebagai makanan 'ajaibnya'. - Ibtimes.com