PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp mengakui skuadnya masih belum layak bergelar kelab terbaik dunia. Sebaliknya, pengurus dari Jerman itu terus meminta pemain-pemainnya untuk melakukan perubahan yang kolektif. Liverpool kini memerlukan lima lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan pertama saingan domestik selepas tahun 1990. Anak buah Klopp bakal berdepan dengan West Ham di Anfield pada Isnin malam. Kelab juga dilaporkan berada dalam situasi yang sangat sihat dan positif dan ramai pemain utama telah mengesahkan untuk kontrak jangka panjang. Malah mereka juga turut meningkatkan perbelanjaan musim ini mendapatkan pemain-pemain yang dalam radar Klopp. "Saya masih tidak faham dengan ayat 'the thing with the best team in the world'. "Ia amat menarik apabila orang berkata demikian. Malah lebih baik daripada orang gelar 'anda yang paling teruk di dunia'. "Biasanya apabila orang beritahu 'pasukan terbaik di dunia', anda fikir Real Madrid, Barcelona, Manchester City. "Pasukan yang kami ada berkaitan dengan sikap - 'pergi dan pergi dan pergi' - dicampur dengan pemain-pemain yang bagus. Kami pasti banyak kritikan dari segi persembahan. "Orang hanya akan melihat keputusan yang luar biasa - kami tidak lihat diri sebagai yang terbaik di dunia," jelasnya. Bagi Klopp, dia tidak terlalu terdesak untuk mencari pemain baharu. Fokus utamanya adalah mengekalkan kedudukan dengan kemenangan sebelum disahkan sebagai juara. - Dailymail.co.uk