PENULARAN wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada arena bola sepak global.
Terbaharu, pemain bola diarah menjalani saringan virus itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Napples, Itali.
Berkemungkinan besar Lionel Messi dan pemain Barcelona yang lain juga akan menjalani saringan sama.
Sehingga kini, Covid-19 sudah meragut tiga nyawa di Itali.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Itali turut mengarahkan semua pelancong menjalani saringan Covid-19.
Perlawanan antara Barcelona dan Napolli dijangka berlangsung pada Rabu ini. - Fox Sport Asia.