suria

“Sangat teruk” - Carragher anggap Lovren punca kekalahan Liverpool

Lovren yang diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum ini dikatakan sebagai punca kekalahan Liverpool kepada Watford. Foto: REUTERS

BEKAS pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menyifatkan kualiti permainan yang ditunjukkan oleh Dejan Lovren ketika perlawanan menentang Watford adalah sangat mengecewakan.

Kekalahan 3-0 ini bermakna rekod 44 perlawanan tanpa kalah The Reds dalam saingan liga lebur di tangan kelab yang berada di zon penyingkiran.

Ini bermakna, peluang Liverpool menyamai rekod Arsenal pada 2004 yang menamatkan liga tanpa tewas tidak kesampaian.

Ismaila Sarr (tengah) muncul wira the Hornets apabila berjaya menembusi gawang yang dikawal Alisson Becker sebanyak dua kali.

"Klopp perlu memilih antara Lovren atau Matip untuk bermain bersama Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan dan dia memilih pemain Croatia itu.

"Lovren yang dibeli dengan nilai £20 juta (RM108 juta) tidak menunjukkan kualiti yang setimpal dengan harganya. Sekurang-kurangnya satu daripada gol yang dibolosib adalah berpunca daripadanya," ujarnya.

Jurulatih yang berusia 52 tahun itu pernah menggandingkan Matip dan Van Dijk pada musim lepas termasuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Tottenham Hotspur.

"Saya yakin semua orang tidak bersetuju apabila Lovren diturunkan. Permainan yang ditunjukkannya sangat mengecewakan," tambah Carragher.

Legenda kelab itu turut menyalahkan Van Dijk kerana tidak mempamerkan aksi yang konsisten sejak kebelakangan ini.

Meskipun tewas, Liverpool tetap disebut-sebut sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Ini bukan perlawanan pertama dia beraksi sebegini, perlawanan sebelum ini juga aksinya kurang memuaskan ketika menentang West Ham yang berakhir dengan kemenangan tipis 3-2," katanya.

Meskipun tewas, Liverpool masih berada di puncak liga dengan berkelebihan 22 mata.

Juara Eropah ini seterusnya akan bertemu Chelsea dalam saingan Piala FA. - HITC

Artikel Lain