PAUL Pogba memakai jersi Juventus sebagai tanda sokongan terhadap rakan sepasukannya ketika memenangi Piala Dunia pada 2018. Matuidi menjadi pemain kedua yang beraksi di Itali disahkan postif Covid-19. Menerusi sebuah video di laman Instagram, Pogba dilihat melakukan sesi latihan sambil memakai jersi Juventus yang tertulis 'Matuidi 14' di belakangnya. Turut tampil di dalam video tersebut ialah rakan sepasukan Pogba di Manchester United iaitu Victor Lindelof. Lindelof juga memakai jersi Sampdoria bersama nama 'Ekdal 6' di belakang untuk memberi sokongan kepada rakan yang beraksi bersama-samanya di skuad kebangsaan Sweden. Pogba yang sebelum ini beraksi buat Juventus dikatakan akan kembali beraksi buat kelab lamanya itu selepas lama tidak turun bermain akibat kecederaan buku lali.B intang United itu juga aktif dalam membanteras penularan wabak Covid-19 dengan melancarkan tabung kutipan dana dengan kerjasama Unicef. Meskipun Pogba tidak pernah beraksi di samping Matuidi ketika di Juventus, namun mereka pernah digandingkan bersama-sama ketika menjuarai Piala Dunia 2018 bersama pasukan Perancis.- talkSport.com