PENYIAR utama bola sepak England Sky Sport turut terkesan dengan situasi Covid-19. Sekiranya kempen Liga Perdana musim 2019-2020 dibatalkan berikutan Covid-19, ia bakal menyaksikan kerugian besar 762 juta paun keseluruhannya. Jumlah besar ini berikutan pelanggaran kontrak perjanjian hak bagi perlawanan domestik dan antarabangsa. Semua yang ditangguhkan dijangkan akan kembali beraksi pada 30 April. Dilaporkan beberapa kelab telah menerima peruntukan penuh untuk musim ini, manakala terdapat sebahagian lagi yang ingin bermain secara tertup bagi memenuhi jadual perlawanan dalam masa sama menyelamatkan pendapatan penyiaran. Bagaimanapun, perancangan (bermain secara tertutup) tidak boleh dilakukan berikutan arahan ‘social distancing’ yang diarahkan bagi mengelak penularan Covid-19 semakin besar di kalangan pemain-pemain.- dailymail.co.k