BEKAS penyerang Manchester United, Wayne Rooney berpendapat bahawa pelbagai masalah akan timbul jika saingan tidak ditamatkan berikutan penularan wabak Covid-19. Berkata kepada Sunday Times, Rooney yang kini berperanan sebagai pemain dan jurulatih di Derby County menjangkakan saingan liga mungkin diheret hingga ke hujung tahun disebabkan arahan kerajaan untuk menangguhkan liga. "Meskipun saya penyokong Everton dan pernah beraksi selama 13 tahun untuk Manchester United, saya tetap rasa Liverpool layak menjuarai liga. "Mereka beraksi dengan sangat cemerlang pada musim ini. Penantian mereka selama 30 tahun tidak boleh dirampas begitu sahaja. "Untuk berlaku adil kepada semua kelab, saingan musim 2019-2020 perlu dimainkan sehingga tamat. "Saya tak terkejut kalau saingan liga tamat pada penghujung 2020. Bola sepak juga sama seperti industri pekerjaan yang lain, perlu mengikuti perintah kerajaan," ujarnya. Liverpool kini gah di tangga teratas liga dengan meninggalkan Manchester City dengan 25 mata. Liverpool juga hanya memerlukan dua kemenangan untuk mengesahkan mereka sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada musim ini.-SkySports