PENYERANG Real Madrid Luka Jovic dikritik kerana dilaporkan pulang ke Serbia ketika tempoh kawalan pergerakan bagi mengurangkan penularan Covid-9. Pemain berusia 22 tahun itu dilihat berada di Belgrade menyambut hari lahir teman wanitanya. Berikutan kejadian tersebut, bapa pemain itu berharap Jovic perlu menerima apa sahaja bentuk hukuman kerana kesalahan meninggalkan tempat kuarantin diri sendiri. Menurut pihak berkuasa Serbia, Jovic disiasat kerana melanggar peraturan mandatori prosedur isolasi diri sendiri daripada negara yang dijangkiti wabak Covid-19. Presiden Serbia, Aleksander Vucic mengesahkan JOvic antara salah seorang daripada dua pemain bola sepak dari negara ini yang disiasat kerana melanggar perintah. Namun penyerang itu mendakwa, dia tidak dijelaskan mengenai perintah tersebut ketika kembali ke negaranya. Jovic menjalani dua ujian Covid-19 dan kedua-duanya negatif. “Kini dia dilihat seperti penjenayah. Jika dia perlu ke penjara, dia akan pergi. “Saya sangat bersetuju dengan presiden dan perdana menteri (dakwaan jenayah), tetapi jika dia didapati bersalah. “Saya akan menyokong segala keputusan jika dia melakukan kesalahan, tetapi dia tiba di Belgrade dan berada di rumah. “Sofia (teman wanita) sedang mengandung dan dia tidak patut pergi menyambut hari lahirnya. “Ada gambar mereka yang tersebar senang bergembira, tetapi ketika itu di Sepanyol,” jelas Milan Jovic. – Dailymail.co.uk