suria

“Saya malu sebagai penyokong Liverpool” – Bekas pemain lega kelab ubah fikiran tak minta wang kerajaan

Bekas pemain dan penyokong tidak bersetuju tindakan kelab Liverpool yang mahu meminta wang kerajaan untuk menampung pembayaran gaji staf.

LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher megalu-alukan keputusan The Reds untuk tidak menerima wang kerajaan menghadapi krisis pandemik Covid-19 ini.

Sabtu lalu, Liverpool mendedahkan akan memohon bantuan kewangan daripada kerajaan untuk mengekalkan staf sepanjang tempoh wabak Covid-19 ini.

Pendedahan itu jelas mendapat bantahan dan kritikan keras daripada bekas-bekas pemain serta penyokong Liverpool.

ARTIKEL BERKAITAN: Manchester United enggan guna 'wang rakyat' bayar gaji staf

Namun, Liverpool membuat keputusan pusingan balik membatalkan rancangan untuk meminta bantuan kerajaan.

Carragher memberitahu Sky Sports: “Harapan saya sebelum ini bersama mereka supaya menarik balik keputusan itu (meminta bantuan). Saya sangat marah.

“Ketika ini Liverpool berada di kedudukan ‘top’ liga, juara dunia. Orang melihat mereka sebagai model.

“Untuk mendapatkan sesuatu menjadikannya ia salah, saya tidak mempercayainya. Saya sangat malu sebagai penyokong Liverpool.

“Tottenham dan Newcastle sudah berbuat demikian, memang saya jangkakan dan dunia bola sepak mmang jangkakan Daniel Levy dan Mike Ashley (berbuat demikian). Tetapi bukan dari Liverpool, yang membina nama dengan pemilik-pemilik sebagai ‘ia sangat bermakna’.

“Saya sangat gembira mereka menukar fikiran (tidak meminta bantuan kerajaan).”

Selain itu bekas pemain Arsenal Ian Wright turut menulis di status Twitter ‘Never too late to do the right thing.

Dan bekas pemian bintang Southampton Matt Le Tissier turut memuji penyokong-penyokong Liverpool dan bekas pemain yang berjaya mengubah fikiran kelab sehingga mengubah pendirian. -Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain