suria

Covid-19: Saintis ramal stadium tak akan dipenuhi penyokong untuk tonton EPL bagi tempoh 18 bulan

Seorang epidemiologis di Emory University di Atlanta, Georgia memberitahu stadium EPL mungkin tidak akan dipenuhi penonton kerana orang awam sedar akan bahaya berkumpul secara beramai-ramai. Gambar sekadar hiasan. Foto: AFP

SEORANG pakar perubatan telah memberitahu The Times bahawa stadium-stadium EPL mungkin tidak akan dipenuhi penonton berikutan penularan wabak koronavirus.

Zach Binney, seorang epidemiologis di Emory University di Atlanta, Georgia memberitahu orang awam sedar akan bahayanya berkumpul secara beramai-ramai.

"Lima orang lebih berbahaya daripada dua orang, 500 orang lebih berbahaya daripada 10 orang dan 60,000 pula sangat-sangat berbahaya.

"Meskipun hanya sedikit sahaja pesakit di dalam komuniti tersebut. Namun, ia sudah cukup untuk menjangkiti 60,000 penonton di stadium.

"Sebagai saintis, saya tidak mengatakan bahawa pendapat saya ini tepat 100% tetapi saya yakin bahawa penonton tidak akan memenuhi stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak bagi tempoh 18 bulan seterusnya," ujarnya.

Sejak bulan lalu, kesemua perlawanan bola sepak di England telah ditunda berikutan perintah berkurung disebabkan Covid-19.

Walau bagaimanapun badan bola sepak di England terdesak untuk menamatkan saingan bola sepak mereka pada musim ini.

Saingan bola sepak dijangka akan kembali semula pada pertengahan Jun tanpa kehadiran penonton. - talk SPORT

stadium, EPL, penonton

Artikel Sebelum

FAM kesal dengan dakwaan KFA

Artikel Lain