suria

Ozil terima RM1.9 juta seminggu, belum bersedia gaji dipotong

Ozil tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan gaji pemain.

MESUT Ozil dilaporkan enggan menyetai majoriti rakan-rakannya di Arsenal untuk pemotongan gaji 12.5 peratus berikutan krisis penularan Covid-19.

Dengan aksi Liga Perdana Inggeris yang ditangguh berikutan pandemik Covid-19, kelab mengambil langkah untuk melaksanakan pemotongan gaji skuad utama.

Namun Ozil yang menerima gaji paling tinggi dalam skuad The Gunners belum bersedia untuk mengikuti langkah tersebut.

Menurut laporan Daily Mirror, bekas pemain Real Madrid itu tidak mahu terburu-buru membuat keputusan kerana ingin melihat dulu kesan jangka panjang pandemik ini.

Selain Ozil, dua lagi pemain lain turut tidak menerima cadangan pemotongan gaji ini.

Bagaimana pun Arsenal enggan mengulas lebih lanjut situasi tersebut.

Sebelum ini Persatuan Pemain-Pemain Profesional memberi cadangan supaya setipa kelab perlu membuat usul cadangkan terlebih dahulu kepada semua pemain untuk pemotongan gaji.

Arsenal juga menawarkan skim insentif gaji yang menyaksikan semua pemain bakal menerima gaji penuh jika mereka layak ke Liga Juara-Juara musim ini atau musim depan.

Malah pemain juga akan menerima bonus 100 ribu paun dan 7.5 peratus bayaran balik gaji jika mereka layak ke Liga Europa, namun sebaliknya berlaku jika gagal ke Europa.

Sementara itu, ejen Ozil, Dr Erkut Sogut menjelaskan kenapa dia yakin semua pemain tidak perlu menerima cadangan pemotongan gaji sehingga diberitahu kesan kewangan berikutan wabak ini.

“Ia tidak cukup apabila kelab menunjukkan kertas cadangan kepada skuad utama dan meminta berbuat demikian (potong gaji).

“Ia bukan seperti kontrak individu dibincangkan. Kelab mungkin boleh meminta pengurus skuad utama berbincang dengan pemain terlebih dahulu… kerana ia mungkin boleh mengukuhkan alasan, lebih-lebih lagi buat pemain muda yang memang bimbang dengan keadaan yang bakal timbul, jelasnya. –Dailymail.co.uk

Mesut Ozzil, Arsenal, Potong Gaji

Artikel Lain