suria

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Imej rakaman Jurgen Klopp mengikat tali leher di rumah semasa musim Covid-19. Sumber twitter @LFC

PENGENDALI pasukan Liverpool, Jurgen Klopp seperti jutaan penduduk lain di seluruh dunia, melak.ukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan semasa perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19.

Minggu ini, bos Reds itu mencabar dirinya dengan mengikat tali leher.

Lebih melucukan apabila beliau membuat tarian selepas berjaya melakukannya.

Pada usia 52 tahun, mungkin dianggap lewat buat Klopp untuk mempelajari kemahiran tersebut.

Namun, umum mengetahui beliau kebiasaannya memakai pakaian sukan setiap kali perlawanan berlangsung.

Ketika perintah kawalan pergerakan pada masa ini, hari-hari Klopp sama seperti mereka yang lain dengan duduk di rumah.

Ini bermakna beliau mempunyai banyak masa untuk belajar pelbagai kemahiran diri.

Klip video Klopp itu dimuat naik di laman Twitter Liverpool. - Mail Online

Jurgen Klopp, Liverpool, tali leher

Artikel Lain