suria

Tempoh 'lockdown' panjang, doktor kelab Man United pantau kesihatan mental pemain

Pemain-pemain Manchester United dipantau rapi dari segi kesihatan mental sejak perintah lockdown dilaksanakan.

KELAB Manchester United akan mengambil langkah-langkah terbaik bagi melindungi pemain-pemainnya mengalami masalah mental jika tempoh ‘lockdown’ berikutan penularan Covid-19 berpanjangan.

Pegawai kesihatan kelab, doktor Steve McNally mendedahkan United memantau kesan-kesan mental terhadap pemain yang terpaksa duduk di rumah sejak bulan lalu.

Malah kelab bersedia untuk mengambil langkah seterusnya jika pasukan tidak dapat meneruskan latihan selepas ini.

“Jika bulan depan atau dua bulan lagi latihan akan bersambung, ia sesuatu yang positif. Tetapi sekiranya tempoh itu makin panjang kami mungkin akan lebih proaktif dari sudut mental,” jelas Dr McNally.

“Kami tidak mahu mereka ada rasa masalah mental tetapi kami juga turut berjaga-jaga. Kami perlu melihat seorang atau dua (jika ada masalah) berdasarkan pandangan kami. Ia sangat penting.”

Sehingga kini semua pemain menjalani latihan di rumah sendiri mengikut program yang disediakan dan boleh memilih pakej makanan untuk dihantar kepada mereka. -Dailymail.co.uk

Artikel Lain