suria

Bale dan isteri sumbang RM2.7 juta kepada hospital tempat lahirnya

Bale memberi sumbangan kepada hosptal sebagai tanda sokongan berdepan dengan Covid-19.
1 / 1

KAPTEN Wales Gareth Bale dan isterinya, Emma telah menyumbang 500,000 paun (RM2.7 juta) kepada Hospital Universiti Wales.

Memahami situasi sukar berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia itu, pemain Real Madrid dan isterinya mengambil tanggungjawab meringankan beban pihak hospital.

Badan Amal Kesihatan Cardiff dan Vale mendedahkan pasangan itu telah menyalurkan sumbangan kepada hospital, tempat Bale dilahirkan.

Dalam video yang dirakam, Bale berkata: "Hai semua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di NHS atas kerja keras dan pengorbanan mereka semasa krisis Covid-19 ini.

"Hospital Universiti Wales memang istimewa di hati saya - ia adalah tempat saya dilahirkan, dan telah memberikan sokongan yang besar kepada rakan, keluarga dan masyarakat, jadi saya dan keluarga ingin menunjukkan sokongan kami.” - Onefootball

Gareth Bale, Real Madrid, Wales

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain