suria

Bent anggap pemain bocor maklumat Ozil sebagai 'ular'

Arsenal masih memujuk Ozil untuk menerima cadangan pemotongan gaji.
1 / 1

BEKAS penyerang Tottenham, Darrent Bent menggelar pemain Arsenal yang membocorkan rahsia gaji Mesut Ozil sebagai ‘ular’.

Sebelum ini dilaporkan Ozil yang menerima gaji 350,000 paun seminggu (RM1.9 juta) enggan bersetuju dengan pemotongan gaji kelab 12.5 peratus berikutan krisis Covid-19.

Ozil antara salah seorang daripada tiga pemain utama yang enggan berbuat demikian.

Berikutan laporan tersebut, Ozil dikecam kerana dikatakan enggan membantu kewangan kelab.

“Jelas sekali ada ‘ular’ dalam bilik persalinan, yang sememang ianya tidak baik.

“Apabila anda berada dalam persekitaran sukan dengan individu itu turut berada dalam bilik persalinan itu, anda seperti sebuah keluarga. Tetapi kadang kala orang itu melebihi had.

“(Jika) berada di sana saya akan membuat panggilan telefon untuk mengetahui siapa yang membocorkan rahsia kerana jika antara kami (yang enggan potong gaji), saya bukanlah orang yang sepatutnya disebut.”

Sementara itu, Arsenal tetap optimis untuk memujuk sekurang-kurangnya dua daripada tiga pemain tersebut supaya menerima tawaran baharu ini.

Bent mendedahkan situasi itu telah membuatkan Ozil menjadi sasaran (dikecam).

“Saya fikir Ozil menerima penderaan yang teruk.

“Dia tidak tampil untuk membela dirinya. Dia hanya mahukan masa untuk berbuat demikian dan mengetahui ke mana duit yang dipotong itu pergi.” -Dailymail.co.uk

Artikel Lain