suria

Kantoi ada hubungan dengan orang lain, ibu Neymar halau teman lelaki berusia 22 tahun

Ibu Neymar dilaporkan telah menghalau kekasih muda dari rumahnya.
1 / 1

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG) Neymar memberi ‘lampu hijau’ kepada ibunya bercinta dengan pemuda berusia 22 tahun.

Lebih kurang dua minggu lalu, ibu pemain Brazil itu, Nadine Goncalves mendedahkan dia kini menjalin hubungan cinta dengan seorang model berusia 22 tahun, Tiago Ramos dan mendapat restu daripada anaknya.

Neymar sebelum ini memuatnaik status 'Be Happy Mom, Love You' untuk ibunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Neymar beri restu ibu bercinta dengan pemuda berusia 22 tahun

Namun terbaharu dilaporkan hubungan cinta itu berakhir apabila Goncalves mendapati kekasihnya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain ketika temu janji pertama mereka.

Ramos yang berusia enam tahun lebih muda daripada Neymar,28 dilaporkan pernah mengadakan temujanji dengan selebriti chef Brazil dan PSG Mauro sebelum menjalin hubungan dengan ibu penyerang itu.

Malah turut didedahkan bahawa Ramos turut mempunyai hubungan dengan actor Brazil Carlinhos Maia sebelum ini.

Ramos kini dilaporkan berada di rumah keluarganya di Brazil selepas dihalau oleh Nadine. –Dailymail.co.uk

Neymar, Nadine Goncalves, Tiago Ramos

Artikel Sebelum

Artikel Lain