suria

‘Neutral venue’ satu-satunya cara jika mahu lengkapkan baki perlawanan Liga Perdana

Perlawanan Liga Perdana ditangguhkan sejak 13 Mac. Foto: Getty Images

VENUE berkecuali (neutral venue) menjadi satu-satunya cara sekiranya mahu melengkapkan baki 92 perlawanan musim ini.

Perkara itu diberitahu kepada kelab Liga Perdana Inggeris semasa satu sidang video pada Jumaat.

'Lebih daripada 10 stadium' akan digunakan untuk melengkapkan kempen 2019/20.

Kelab-kelab bagaimanapun mengulangi komitmen untuk kembali beraksi pada musim ini 'apabila keadaan selamat dan sesuai untuk melakukannya'.

Persidangan itu disusuli dengan satu mesyuarat berasingan yang melibatkan pakar perubatan dari beberapa organisasi sukan, kerajaan dan Public Health England, membincangkan mengenai perancangan untuk sukan kembali beraksi.

Wakil dari badan bola sepak, ragbi, kriket, lumba kereta dan dana UK Sport turut hadir.

Sementara itu Liga Perdana dalam satu kenyataan berkata bahawa ia 'hanya akan kembali beraksi dan bermain dengan arahan kerajaan'.

"Tidak ada keputusan yang diambil pada pertemuan hari ini (Jumaat)," tambah kenyataan itu. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

neutral venue, liga perdana

Artikel Lain