LIONEL Messi bukan penjaring gol semula jadi, demikian menurut bekas pengurus Tottenham dan Aston Villa, Tim Sherwood. Bintang Argentina itu menjaringkan 627 gol dalam 718 penampilan untuk Barcelona manakala 70 gol dalam 138 penampilan untuk pasukan kebangsaan. Messi diangkat antara pemain terbaik sepanjang zaman dan mempunyai bakat semula jadi dalam bola sepak. Namun Sherwood menegaskan tiada istilah bakat semula jadi dan mendakwa Messi hanyalah salah seorang pemain terbaik dunia kerana kebolehannya menggelecek bola. “Saya lebih menekankan sikap berbanding keupayaan sepanjang hari, . “Apabila anda ada kedua-duanya, barulah anda pemain berbakat. Saya benci bila pengulas sukan bercakap mengenai bakat semula jadi. Tiada istilah itu. “Itu sifat fizikal. Lionel Messi hanya mempunyai kemampuan menggelecek bola, ” kata Sherwood dalam satu temubual bersama MailOnline. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!