PENJAGA gol Tottenham Hugo Lloris menganggap tindakan ‘kejam’ jika Liverpool dinafikan juara Liga Perdana musim ini berikutan pandemik Covid-19. Skuad kendalian Jurgn Klopp itu memiliki kelebihan 25 mata untuk berada kedudukan teratas liga ketika semua aksi ditangguhkan pada Mac lalu kerana penularan wabak berbahaya itu. Sehingga ini status sebenar liga masih belum jelas, malah cadangan untuk menyaksikan liga kembali pada Jun ini. Bagi Lloris, secara realistiknya dia mahu melihat saingan liga musim ini berakhir (mengikut jadual). “Kita sesmua berada dalam situasi yang mana semua orang mahu menamatkan saingan dan mempunyai keputusan di padang. “Ia mungkin kelihatan teruk jika menamatkan liga dengan berbaki sembilan perlawanan. “Ia kelihatan sangat kejam kepada Liveropool yang telah mengetuai liga... dan hampir bergelar juara. “Seperti orang lain, pasti akan timbul perasaan yang ‘belum selesai’. Tambahan pla kita semua mengharungi musim penuh teruja, dan saat yang baik musim ini.” - Onefootball Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!