STATUS Jesse Lingard masih lagi samar apabila kelab Manchester United sehingga kini masih belum memberi kontrak sambungan kepadanya. Bekas pemain akademi di Old Trafford ini mencipta nama bersama United dan turut menyarung jersi kebangsaan England. Namun saat gemilangnya itu semakin pudar apabila pemain berusia 27 tahun ini melalui tempoh sukar musim Liga Perdana tanpa sebarang ledakan gol. Pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer dilihat semakin hilang sabar dengan pemain ini sekaligus mencari pemain ganti lain dengan membeli Bruno Fernandes Januari lalu. Menurut 90Min, Newcastle, West Ham, Everton dan Leicester dilaporkan berminat untuk dapatkan khidmat Lingard. Kontrak sedia ada Lingard bakal berakhir 2021. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!